Pages

Thursday, May 15, 2008

Chocolate Ball Stick

Last nite cuba buat chocolate ball dalam version stick. Dapat idea dari Bakerella.com, cute btul cake stick yang dihasilkan, siap masuk dalam Martha show.

Bahan asas yang digunakan ialah kek. So, kalau ada balance kek yang x habis, jangan buang terus, boleh dibuat chocolate ball. 1st time ni banyak try and error jek, gabung2kan resepi yang pernah dilihat dr internet dan kelas.

Blend kek, kemudian campurkan dengan biskut oreo (blend), susu pekat, cornflake (blend) dan kalau ada almond halus dan serbuk koko bole ditambah skali. Gaulkan semua dan bentukkan bulat. Sejukan sebentar supaya keras sket. Kemudian celupkan dalam coklat cair. Susu pekat tu bole alternate tukar dengan cream cheese ( resepi dari Bakerella.com ), tapi disebabkan cream cheese tade kat rumah, so just pakai susu pekat je semalam. Maybe next time leh try pakai cream cheese (mesti rasanya lagi sedap).

Kalau dihias dengan colorful rice lagi cantik, tapi memandangkan semalam xde, so, just letak apa yang ada. Bila dah buat ni, banyak idea yang muncul, next time leh buat better than this.




0 comments:

Post a Comment